Tuesday, April 24, 2012

buat peringatan untuk diriku ^ maksud bacaan dalam solat^

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


p/s: berusaha untuk paham agar khusyuk ketika solat...sila bc wahai Siti Noor Asyma :)

Pengalaman Berselawat :)

Assalammualaikum w.b.t buat kalian...

Pejam celik pejam celik dah hampir stgh tahun 2012 dh kite...x sedar ceptnyee ms berlalu,ceptnyee Yusuf Abrar membesar bln depan Yusuf dah sethun...InsyaAllah. Rase mcm br semlm mmy lahirkanmu syg,dodoikanmu,susukanmu....mmy doakan Allah berikan peluang untuk besarkanmu n didikan yg sempurna...mmy perlu perbaiki diri mmy,tingkatkn ilmu pengetahuan mmy...agar asuhanmu sempurna berlandaskan Islam..InsyaAllah!!

Lg beberapa mgu je Yusuf akan menyambut hari lahir yg ke-1. InsyaAllah, mmy n ddy plan nk wat majlis kesyukuran di rumah tokma Johor.Opah dr perak pon akan join sekali nti :) entry kali ni x nk cite lg pasal persiapan mjlis ni coz wat pon biasa2 jee...lg semgu br mmy start wat persiapan, hope syg mmy suka n ceria nti...

Yusuf skang dah pndai salam..syukur sgt2!!perkembangn positif n mmy ddy x sangka abrar dah bole salam n paham cmne nk salam..ble kite bg tngn nk salam, Yusuf akan bg tangn dye n tarik tngan kite mulut dye utk cium tngn kite...terharunyee mmy...so skang rutin dye asek salam je laa :)kdg2 ble dye dh pent dye gelng2 kepala x nk salam dah...cute sgt:)Yusuf pon skang dah mcm nk jalan sendiri coz ble bertatih laju jee dye ke depan, kiteorg mmg x bg dye pki babywalker,so nk jalan sendiri tu amik ms laa...klu ade bby walker aku rase dh lama bole berjalan.

lg 1 rutin kami sekeluarga ble wknd, kiteorg akan pg mane2 msjid yg ade wat majlis Maulid or semyg jemaah kt masjid...klu bole nk biasakan Yusuf n suasana kat masjid..secara x langsung mmy n ddy bole tingkatkn lg ilmu pengetahuan ke jalan Allah s.w.t....mmg seronok klu dpt pg mjlis Maulid ni, pertama kali aku pg trus tertgu2 ble lg ade Majlis Maulid kt tempt len...yg terbaru, last wek kami pg program Kembara Habib Umar di Masjid Khalid al Walid(Jalan padang Tembak) n Masjid Negeri,N9 kt seremban...biasenyee majlis akan dimulakan dengn bacaan Qasidah,berselawat,solat jemaah Maghrib,pastu kuliah Habib Umar + bacaan doa drpd beliau akhir sekali solat jemaah (Isyak).Alhamdulillah, aktiviti ni dh menjadi kesukaan kami sekeluarga..besarNya petunjuk n hidayah wat kami sume...bersyukur coz masih ade ksempatan untuk kami perbaiki diri n sujud kepadanya...

p/s : amalkan selawat buat Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..Insyaallah akan dapat syafaat drpd baginda di hari akhirat kelak:)